Detak Jantung Dia PDF/EPUB è Detak Jantung PDF/EPUB

Detak Jantung Dia PDF/EPUB è Detak Jantung PDF/EPUB


10 thoughts on “Detak Jantung Dia

  1. Hajar Hajar says:

    18 04 2014Afra Kerana masalah kesihatan Puan Jasmine, Afra dibesarkan oleh keluarga Umi Majidah, ibu susuannya di Darul Hanan, sebuah rumah anak anak yatim yang diusahakan oleh Umi Majidah dan suaminya, Abi Daud Selepas beberapa tahun, Afra diambil semula oleh kedua orang tuanya Namun, kepulangan Afra tak pernah mendapat layanan selayaknya Puan Jasmine dan Tuan Kazim lebih suka memanjakan Hanif, sepupu Afra berbanding anak sendiri Semakin meningkat usia, hubungan antara Afra dan kedua orang 18 04 2014Afra Kerana masalah kesihatan Puan Jasmine, Afra dibesarkan oleh keluarga Umi Majidah, ibu susuannya di Darul Hanan, sebuah rumah anak anak yatim yang diusahakan oleh Umi Majidah dan suaminya, Abi Daud Selepas beberapa tahun, Afra diambil semula oleh kedua orang tuanya Namun, kepulangan Afra tak pernah mendapat layanan selayaknya Puan Jasmine dan Tuan Kazim lebih suka memanjakan Hanif, sepupu Afra berbanding anak sendiri Semakin meningkat usia, hubungan antara Afra dan kedua orang tuanya semakin jauh Sungguh pun kedua orang tuanya tak begitu suka Afra berhubungan rapat dengan penghuni Darul Hanan, Afra lebih senang menghabiskan masanya di situ Di situ juga Afra bertemu dengan Samir, yang sentiasa berupaya mempengaruhi debaran denyut detak jantungnya Namun, bila debaran hati sudah berlagu seiring, Afra dikejutkan dengan berita rencana pertunangannya dengan Hanif yang telah diatur oleh kedua ibu bapa mereka Jadi, jalan mana yang perlu dipilih Afra Ikut kata hati sendiri atau akur dengan pilihan keluarganya Samir Saat pertama kali bertentang mata, memang tidak dinafikan Afra punya tarikan tersendiri Lantas, dengan bantuan Firdaus, kawan baik yang juga merupakan abang susuan Afra, Samir memulakan langkah Salam perkenalan yang dihulur disambut baik oleh Afra Mereka mula mengenali diri masing masing dengan sokongan kuat ahli keluarga Darul Hanan Yakin dengan rasa debaran denyut detak jantung masing masing, Afra dilamar Cuma yang menjadi halangannya adalah Tuan Kazim yang terang terangan menentang hubungan Afra dan Samir Alasannya, mereka sudah bercadang untuk menyatukan Afra dan Hanif untuk meneruskan legasi perniagaan mereka Kemudian, muncul pula Doktor Lalila yang tak sudah sudah mengejar Samir Jadi, bagaimana penyudahnya hubungan Afra dan Samir Hanif Hubungan Hanif dan Afra memang rapat ibarat adik beradik Ialah, mereka berdua anak tunggal dan sentiasa bersama semenjak Afra kembali bersama tinggal keluarganya Mereka sentiasa ada untuk satu sama lain memandangkan kedua ibu bapa mereka sentiasa sibuk menguruskan perniagaan Berbeza dengan Afra, Hanif dewasa sebagai seorang lelaki yang suka bersosial dan berfoya foya Rancangan pertunangannya dengan Afra mula membuat Hanif memandang Afra dari sudut berbeza Dalam diam, perasaannya terhadap Afra telah mula bertukar rentak Namun, Hanif bukanlah orangnya yang akan mengambil kesempatan dikala peluang terbentang di depan mata Perlukan Hanif beralah atau tetap teruskan majlis pertunangan untuk memuaskan hati keluarga mereka Komen saya Indah Rasa terbuai dengan gaya bahasa penulis ni Puitis dan penuh metafora Phew Suka Dan suka Hanif juga Suka dengan pilihan dan apa yang telah dilakukannya Salute dengan tindakan Hanif yang berani menegur kedua ibu bapa Afra yang dah jauh tersasar tu Dia pandai manipulasi kelebihan dia untuk pujuk kedua ibu bapa Afra Eh, dah bias ni Hahaha Tahniah buat penulis atas garapan penuh bahasa indah ni Moga dikurniakan lebih banyak ilham untuk berkarya.Petikan dari halaman 375 yang saya sangat suka Tak suka dipanggil sayang Afra angguk Pelik Suka sayang yang hati rasa Tak perlu jadi sebutan di bibirtapi hati dapat rasa Sayang di mulut kadangkala sekadar sebutan tak bermakna Lagipun kalau sayang selalu sangat diucap, manisnya akan hilang Self note Untuk memaknakan rasa sayang tu tak perlu diucap selalu Nanti manisnya cepat hilang Takut daripada manis terus rasa tawar bila dah selalu sebut


  2. kuzzeen kuzzeen says:

    Naskah untuk dilepaskan RM10.00 PM jeIni kisah biasa Pergolakan jiwa seorang anak yang diketepikan haknya oleh ibu bapa hanya kerana dia seorang perempuan dan hadirnya dianggap sebagai pembawa malang Diserahkan kepada keluarga angkat untuk disusukan Dijodohkan dengan sepupu sendiri atas dasar keuntungan perniagaan Jatuh cinta dengan si jejaka yang serba sempurna untuk membimbingnya.TAPI ini kelebihan penulis yang memang tidak dapat disangkal lagi Mengluarbiasakan yang biasa de Naskah untuk dilepaskan RM10.00 PM jeIni kisah biasa Pergolakan jiwa seorang anak yang diketepikan haknya oleh ibu bapa hanya kerana dia seorang perempuan dan hadirnya dianggap sebagai pembawa malang Diserahkan kepada keluarga angkat untuk disusukan Dijodohkan dengan sepupu sendiri atas dasar keuntungan perniagaan Jatuh cinta dengan si jejaka yang serba sempurna untuk membimbingnya.TAPI ini kelebihan penulis yang memang tidak dapat disangkal lagi Mengluarbiasakan yang biasa dengan pemilihan laras bahasanya Puitis, halus, lembut, membuai.etc etcTAPI hanya itulah Menghadam naskah ini umpama mengadap sepinggan nasi goreng kosong Tiada tersembunyinya potongan cili api yang sedia meletup bila tergigit Tiada timun bertemankan sambal belacan sebagai pengikat selera Tiada juga papadom di tepi sebagai perangup Hanya itulah.Pergerakan plot terlalu lambat Biarpun ada babak2 yang sepatutnya mengujakan, tetapi ditenggelamkan dengan dominasi penggunaan perkataan indah yang menidakkan fungsi babak2 tersebut Maaf hanya itulah


  3. shahzy shahzy says:

    Masih lagi dalam kembara perasaan antara Afra Samir Lalu, aku perlukan masa untuk berkelana mencari bait yang indah untuk dititipkan disini.Buat Puan Penulis, sekalung TAHNIAH atas naskah yang cukup indah ini. aku masih larut dalam tiap kata yang terlakar Masih lagi dalam kembara perasaan antara Afra Samir Lalu, aku perlukan masa untuk berkelana mencari bait yang indah untuk dititipkan disini.Buat Puan Penulis, sekalung TAHNIAH atas naskah yang cukup indah ini. aku masih larut dalam tiap kata yang terlakar


  4. Azizah Azizah says:

    3.5 star Perkenalan Afra Samir pada malam 13 purnama Malam yang telah mencuri tenang dan damai antara detak jantung keduanya Walaupun dalam kelam dan jauh, getarnya tetap mereka rasa Walau tidak kenal antara mereka.Afra Anak gadis tunggal pasangan Kazim Jasmine tetapi dia tidak pernah mendapat layanan yang istimewa dari orang tua sendiri Gelaran anak tunggal tidak melembutkan hati Tuan Kazim Puan Jasmine, malah Umi Majidah Abi Daud pula yang lebih kasih sayang terhadap Afra Afra lebih 3.5 star Perkenalan Afra Samir pada malam 13 purnama Malam yang telah mencuri tenang dan damai antara detak jantung keduanya Walaupun dalam kelam dan jauh, getarnya tetap mereka rasa Walau tidak kenal antara mereka.Afra Anak gadis tunggal pasangan Kazim Jasmine tetapi dia tidak pernah mendapat layanan yang istimewa dari orang tua sendiri Gelaran anak tunggal tidak melembutkan hati Tuan Kazim Puan Jasmine, malah Umi Majidah Abi Daud pula yang lebih kasih sayang terhadap Afra Afra lebih tenang di Darul Hannan di persekitaran yang ada Abang Firr yang pritahin juga anak yatim yang diberi sepenuh kasih sayang oleh umi abi Mereka itu lebih beruntung berbanding Afra yang dilimpahi segala kemewahan tetapi sangat miskin dengan kasih sayang Hanif, sepupu tunggal Afra pula yang lebih disayangi oleh mama papa Afra Saat Afra sudah bertemu pilihan sendiri, cadangan orang tua yang tidak boleh dibantah pula menjelma Dan kesanggupan Hanif yang dianggap sebagai seorang sepupu yang akrab untuk menurut perintah kedua orang tua mereka sungguh menekan hidup Afra Detak jantung Afra tidak pernah berdebar saat bersama Hanif, namun jantungnya sentiasa bekerja keras apabila bersama si dia, si pemuja bulan Samir Pakar forensik yang sungguh manis segala ayat yang terkeluar dari dua ulas bibirnya Seorang yang amat tenang dan juga dalam ilmu sopan dan agama Terdidik dalam keluarga yang sederhana, Samir tenang dan mudah mendampingi orang di sekelilingnya Hatinya sudah diambil saat diintai dara pada malam 13 purnama dalam kelam malam Namun apabila segala rasanya ditolak oleh ibu bapa Afra, dia tetap yakin yang di hati hati mereka dipegang oleh Yang Satu Hanya doa penghubung untuk mereka Dia tetap yakin hatinya akan selamanya terletak di bilik hati Afra.Hanif Ya, pada zahirnya dia lelaki yang hampir sempurna pada mata insan lain waima pada mata Afra sendiri Namun tidak pernah orang lain tahu bahawa dia memendam segala rasa dan sunyi sendirian Dia yang hampir sesat dalam sunyi senyap tanpa bimbingan orang tua Padanya cadangan orang tua untuk menyatukan dia Afra adalah titik mula untuk dia mencari sebuah cahaya Namun apabila Afra yang sudah terang menolak kasihnya, dia tidak pernah mahu meretakkan hubungan yang sedia ada Segala rasa sayang kecewa dipendam sendiri kerana dia tahu tidak mungkin senyuman yang mekar di bibir Afra akan menjelma jika Afra berada di sisinya Dia juga sedar hati Afra sudah dimiliki oleh lelaki lain, lelaki yang sentiasa tenang apabila berhadapan dengannya.Komentar Buku nipis ini KakChik ambil masa hampir 3 hari untuk dikhatamkan Mungkin disebabkan bahasa penulis yang puitis bagai terlebih madu gula yang bisa menyebabkan diabetes,kot Kisah ini bukan kisah cinta 3 penjuru pada KakChik kerana apa yang terlakar di hati KakChik adalah segala tingkah dan angkuhnya Tuan Kazim Puan Jasmine Owh, mereka digambarkan sepasang manusia yang tidak bersyukur Mendapat anak yang setaat Afra pun, tidak pernah melembutkan hati mereka Kenapa sejarah mereka tidak pernah dijadikan titik tolak untuk mereka menjadi yang lebih baik Aduhhhh, sakit mata KakChik apabila baca segala bahasa mama papa Afra ini apabila berkomunikasi dengan anak menggunakan I You Rasa kasar semacam aje Peribahasa kera di hutan disusukan anak di rumah dibiarkan kelaparan, memang sesuai dengan keadaan keluarga ini.Namun keadaan ini mampu diseimbangkan dengan bahasa puitis yang menguasai hampir 80% karya ini Hubungan Umi Majidah Abi Daud dengan Afra juga menunjukkan kasih sayang tidak pernah terbatas Bukan harta dan kedudukan yang menjadi ukuran Yang penting, hubungan itu diredai oleh Yang Diatas.Walaupun Afra Samir masih menjaga tutur kata dan perlakuan namun kadang kala hati muda mereka tidak mudah untuk dikawal Betullah pesan Rasulullah, kita perlu menjaga pandangan mata untuk mengelakkan segala maksiat Kadang kala hanya dengan lirik mata sudah menjatuhkan segala rasa yang terpendam.Owhhhh, KakChik rasa macam sudah jatuh hati dengan Hanif tetiba Hanif yang mengorbankan segala rasa sayang pada Afra Hanif yang berusaha untuk mencari ubat untuk sunyi Tapi sayang hanya sedikit kisah Hanif dalam DJD ini Puan penulis, nanti boleh kisahkan cerita Hanif, tak PPengulangan frasa debaran denyut detak jantung yang terlalu banyak pada KakChik agak menggangu sedikit pembacaan dan ia bagaikan menghilang eksklusif frasa itu sendiri Itu yang KakChik rasa P


  5. Ras Ras says:

    Samir atau Hanif Pada saya, kedua2nya punyai aura kuat yang tersendiri. Cumanya, aura Samir tetap saja sentiasa mendahului aura Hanif Kerana aura Samir saja yang mampu buat jantung Afra berdetak kuat.Tak apa lah Hanif, agaknya bulan awak ada di Padamu Jua Hatiku Berteduh tu Yang akan mampu buat jantung awak berdetak sepertimana jantung Samir dan Afra akan berdetak apabila bertemu.Orang kata, kita boleh rasa kalau seseorang itu jodoh kita Ada satu rasa yang Tuhan campakkan ke dalam hati kit Samir atau Hanif Pada saya, kedua2nya punyai aura kuat yang tersendiri. Cumanya, aura Samir tetap saja sentiasa mendahului aura Hanif Kerana aura Samir saja yang mampu buat jantung Afra berdetak kuat.Tak apa lah Hanif, agaknya bulan awak ada di Padamu Jua Hatiku Berteduh tu Yang akan mampu buat jantung awak berdetak sepertimana jantung Samir dan Afra akan berdetak apabila bertemu.Orang kata, kita boleh rasa kalau seseorang itu jodoh kita Ada satu rasa yang Tuhan campakkan ke dalam hati kita untuk meyakini memang dialah orangnyaItulah yang saya nampak dalam watak Samir Dia yakin, Afra lah si dia itu.Nampaknya DJD membawa pembacanya bercerita tentang keindahan bulan Tentang bahasa bulan Kecantikan bulan Jadi lepas ni kalau lihat bulan, saya akan teringat DJD..Ini buku kedua AB yang saya baca selepas Selamat Pagi Cinta Dan SPC, memang naskah yang sangat saya sukai Sangat Untuk DJD, saya pun suka juga Susunan ayatnya dan lenggok bahasanya membuai2 perasaan saya ni Mudah dihadam Tidak meleret Memang citarasa saya Selera saya Lepas ni, dah boleh baca PJHB.


  6. Juliza Juliza says:

    Dari satu pandangan di kejauhan, dua hati memulakan perkenalan Dari renungan yang mengetarkan, dua hati bersapaan Dari detak yang sama, dua jiwa merasa cinta.Ini kisah Afra yang kalah direnung si doktor bijak bahasa Ini kisah Samir yang sentiasa menunggu bulannya di malam tiga belas purnama Pertemuan demi pertemuan Satu demi satu petunjuk hati diberi Rindu pun sudah menjadi angin yang menderu di jiwa TapiTapi ada halangnya Ada mereka yang melarang Ada si kesepian yang mengharap D Dari satu pandangan di kejauhan, dua hati memulakan perkenalan Dari renungan yang mengetarkan, dua hati bersapaan Dari detak yang sama, dua jiwa merasa cinta.Ini kisah Afra yang kalah direnung si doktor bijak bahasa Ini kisah Samir yang sentiasa menunggu bulannya di malam tiga belas purnama Pertemuan demi pertemuan Satu demi satu petunjuk hati diberi Rindu pun sudah menjadi angin yang menderu di jiwa TapiTapi ada halangnya Ada mereka yang melarang Ada si kesepian yang mengharap Dan, si doktor swasta itu pun belum mahu berhenti mengejar Lalu Afra dan Samir Mampukah terus berkongsi debaran yang sama Suka Janggal Suka Janggal Buku ini membuat hamba yakin hati hamba punya gear D dan R nya sendiri Kerap benar perasaan ini maju dan mundur Berhenti dan membelok sesukanya Laju dan perlahan seenaknya Sungguh, jika saja ada bengkelnya, pasti sudah hamba hantar hati ini untuk dibaiki Sudah lari alignment agaknya Huhu.Namun, begitulah DJD benar benar membuat hamba tidak tahu hendak merasakan apa lagi Lenggok bahasanya yang puitis adakalanya menghumban hamba dalam suka dan sebentar kemudian memerangkap hamba dalam janggal pula Indah memang indah tetapi seperti tidak realiti pula terutamanya dialog dialog lisan antara Afra dan Samir yang terlalu berbunga dan kekadang terlebih pemanis Selain itu, hamba fikir cerita ini dibawa terlalu leret Afra dan Samir menjadikan perasaan meraka seperti satu permainan tarik tali yang panjang Permainan yang lama sehingga hamba merasa tidak betah untuk terus merasa teruja Namun ya, pastilah ada babak babak di antara itu yang buat hati mengembang bak gerbera Oh ya, di sini juga hamba ingin nyatakan bahawa hamba merasa agak jengkel dengan Samir Perasan ini bukan didorong oleh perasaan hamba yang tergelincir suka pada Hanif ya Tidak Tidak sama sekali Ini kerana perwatakan doktor forensik itu sendiri Ada bezanya tahu antara tenang dan tidak berusaha.Kenapa Kenapa lambat melamar Kenapa sepertinya tidak punya keberanian untuk berjuang Berserah dan pasrah itu seharusnya datang setelah mencuba habis habisan, kan Berusahalah, dekatilah, pujuklah agar ibu bapa si gadis setuju Jika sebelum itu berani memandang bunga di taman orang, kenapa tidak menyungguhkan tindakan untuk memetiknya Jika pun tidak merempuh, tekan saja lonceng pagarnya Bunyikan terus biar pun yang pertama kalinya tidak bersambut


  7. Ida Ida says:

    5 Twinkle twinkle sparkling stars Ida mengambil masa yang agak lama untuk menamatkan pembacaan naskah terbaru Aidah Bakri ini Bukan kerana kurang menarik, bukan juga kerana bosan.I take my own sweet time to finished this because when i read 1 page, i got the urged to share each and every sweet words in my fb wall I just loved how she created SAMIR, si mulut manis bergula, sangat indah bermadah kata hingga semua semut saling berlumba lumba mengejar sang hero Tak seiring betul kerjayanya den 5 Twinkle twinkle sparkling stars Ida mengambil masa yang agak lama untuk menamatkan pembacaan naskah terbaru Aidah Bakri ini Bukan kerana kurang menarik, bukan juga kerana bosan.I take my own sweet time to finished this because when i read 1 page, i got the urged to share each and every sweet words in my fb wall I just loved how she created SAMIR, si mulut manis bergula, sangat indah bermadah kata hingga semua semut saling berlumba lumba mengejar sang hero Tak seiring betul kerjayanya dengan tutur kata bergula itu.AFRA, si malam 13 purnama yang dipuja oleh Samir, detik pertama kali pandangan mata mereka berpaut Mengintai dan diintai sang bulan menjadikan mereka pencinta dalam diam Saling cuba mentafsirkan apa yang dirasai dalam hati masing masing dengan lenggok bahasa yang amat indah,sehingga Ida yang membaca merasa bahagia Cara pengolahan yang ringkas tetapi amat menarik membuatkan Ida terasa sayang nak menamatkan pembacaan Tak ada konflik berat dengan simpang siur yang memeningkan kepala pembaca Kisah anak yang terasing dalam kemewahan tanpa kasih sayang keluarga.Kak Aidah, you wowed me with your Dandelion di Tiup Angin And you did it again with Detak Jantung Dia Once I finished this story, my mind already know what i want to posed this novel with.Yellow, lavender and orange It s not roses though but it is Samir way of showing how deep his love for Afra is So,readers If you re looking for something sweet for your mind and soul s dessert, this novel is the one you should buy and read Spread the love to the universe Uhibbuki fillah


  8. Wan Amalyn Wan Amalyn says:

    Membaca naskhah terbaru garapan Aidah Bakri ini saya jadi terlebih sopan Suka dengan bahasa penulis yang penuh puitis Bagaikan auranya menyerap ke jiwa saya Suka Suka dengan kisah yang diketengahkan penulis Kisah anak yang ketandusan kasih sayang ibu bapa kandung, menumpang kasih pada ibu susuan Sedihnya Apabila si ibu dan si ayah lebih sayangkan anak saudara berbanding dengan anak sendiri bersambung


  9. Afifah. Afifah. says:

    Indah Semuanya indah Bahasa.Cerita Dan penamatnya.


  10. Nonieღserenity2bliss Nonieღserenity2bliss says:

    Announcement before review N nak jual buku ni for RM10 Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM I like Walaupun biasanya N kurang suka dengan novel yang menggunakan bahasa puitis dan kiasan sebab N tak paham , N boleh terima Detak Jantung Dia Pada N, jalan ceritanya yang ringkas and straight forward agak charming apabila digandingkan dengan dialog kiasan antara Afra dan Samir Cinta intai pandang pertama antara mereka dan watak Samir yang ibarat lelaki melayu terakhir membuat N terAnnouncement before review N nak jual buku ni for RM10 Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM I like Walaupun biasanya N kurang suka dengan novel yang menggunakan bahasa puitis dan kiasan sebab N tak paham , N boleh terima Detak Jantung Dia Pada N, jalan ceritanya yang ringkas and straight forward agak charming apabila digandingkan dengan dialog kiasan antara Afra dan Samir Cinta intai pandang pertama antara mereka dan watak Samir yang ibarat lelaki melayu terakhir membuat N terbuai dengan keindahan cinta mereka 3


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Detak Jantung Dia [Download] ✤ Detak Jantung Dia By Aidah Bakri – Larringtonlifecoaching.co.uk Membisulah semahumu wahai bulan kerana bisumu itu adalah keindahanHidup Afra sunyi daripada kasih sayang orang tuanya Sewaktu kecilnya, Afra terpaksa diserahkan kepada sebuah keluarga untuk dijaga Apa Membisulah semahumu wahai bulan kerana bisumu itu adalah keindahanHidup Afra sunyi daripada kasih sayang orang tuanya Sewaktu kecilnya, Afra terpaksa diserahkan kepada sebuah keluarga untuk dijaga Apabila dewasa, tiada kemesraan dalam hubungan Afra dengan orang tuanya namun hidup Afra sentiasa ditentukan oleh mereka termasuk soal memilih pasangan hidupHati Samir bergetar saat anak mata bertaut dengan renungan si gadis Lebih manis lagi apabila mereka berkongsi debaran denyut detak jantung yang sama Namun Detak Jantung PDF/EPUB ² indahnya getar perasaan mereka hanya mampu disimpan kejap dalam bilik hati apabila kedua dua orang tua Afra sudah menetapkan jodoh untuk AfraBagi Hanif, Afra itu seperti adiknya sendiri Tanpa sedar, perasaan sayangnya buat si gadis sudah bertukar rentak Ada pedih yang terhiris apabila ternyata si gadis telah menemui cinta hatinya Namun, untuk melepaskan Afra tidak termasuk dalam agenda hidupnyaApabila cinta adalah air mata mampukah dia tersenyum nanti.

    Download PDF books bertukar rentak Ada pedih yang terhiris apabila ternyata si gadis telah menemui cinta hatinya Namun, untuk melepaskan Afra tidak termasuk dalam agenda hidupnyaApabila cinta adalah air mata mampukah dia tersenyum nanti."/>
  • Paperback
  • 402 pages
  • Detak Jantung Dia
  • Aidah Bakri
  • Malay
  • 14 July 2019

About the Author: Aidah Bakri

Is a well known author, some of his books are a fascination for readers like in the Detak Jantung Dia book, this is one of the most wanted Aidah Bakri author readers around the world.