Perpustakaan Dalam Islam ePUB ✓ Perpustakaan Dalam

Perpustakaan Dalam Islam ePUB ✓ Perpustakaan Dalam


Perpustakaan Dalam Islam [Ebook] ➩ Perpustakaan Dalam Islam By Zulkifli Mohamad Al-Bakri – Larringtonlifecoaching.co.uk Rentetan terhasilnya buku Kuasa Iqra, SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merasa terpanggil untuk melebarkan lagi perbincangan berkenaan dengan tajuk Perpustakaan Dalam Islam Al Imam Hasan Al Banna Rentetan terhasilnya buku Kuasa Iqra, SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merasa terpanggil untuk melebarkan lagi perbincangan berkenaan dengan tajuk Perpustakaan Dalam Islam Al Imam Hasan Al Banna menggalakkan rakan rakannya supaya mengadakan perpustakaan peribadi di rumah Para pencinta ilmu sudah pasti akan mengumpul pelbagai buku dan koleksi karya mengikut bidang dan ikhtisas masing masing Makatidak hairanlah, ramai di kalangan ulama dan cendekiawan Islam, mempunyai perpustakaan peribadi yang mewah dan berkualiti Malah, ada kisah mereka yang mati kerana ditimpa buku buku atau jatuh kerana memanjat untuk mengambil buku di atas rak.

  • 103 pages
  • Perpustakaan Dalam Islam
  • Zulkifli Mohamad Al-Bakri
  • Malay
  • 10 August 2017

About the Author: Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Anak jati kelahiran Terengganu ini merupakan seorang graduan bidang Syariah daripada Universiti Islam Madinah Ketika di sana, beliau berpeluang untuk belajar secara talaqqi dengan beberapa orang ulama besar di Madinah Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Master di Syria, di samping bertalaqqi dengan ramai ulama seperti Syeikh Sadiq Habannakah, Syeikh Rusdi Qalam, Syeikh Dr Muhammad Abdul Latif Farfur dan lain lainSeterusnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah PhD di Universiti Sains Malaysia USM Pernah bertugas sebagai pensyarah di USIM dan menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu Selain itu, beliau turut menjadi Panel Kajian Perpustakaan Dalam PDF/EPUB or Aqidah JAKIM, Panel Kajian Syariah JAKIM, Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji dan Panel Syariah Bank Muamalat Beliau juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat Wilayah Persekutuan Tahun H MBeliau kini menjalankan tugas sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.



10 thoughts on “Perpustakaan Dalam Islam

  1. Nor Nor says:

    Satu usaha yang baik dalam usaha menyemarakkan lagi budaya cintakan ilmu dan minat membaca.Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menyatakan bahawa idea untuk menulis buku ini terbit 2015 bermula apabila beliau menuliskan buku Kuasa Iqra , yang diterbitkan kira kira 3 tahun yang lalu.Buku kecil berukuran 6 x4 dengan 103 muka surat ini membicarakan berkenaan Definisi Perpustakaan, Pembahagian Perpustakaan, Perpustakaan Islam, Perpustakaan Barat, Perpustakaan Ulama Islam, Minatnya Ulama Terhadap Islam, B Satu usaha yang baik dalam usaha menyemarakkan lagi budaya cintakan ilmu dan minat membaca.Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menyatakan bahawa idea untuk menulis buku ini terbit 2015 bermula apabila beliau menuliskan buku Kuasa Iqra , yang diterbitkan kira kira 3 tahun yang lalu.Buku kecil berukuran 6 x4 dengan 103 muka surat ini membicarakan berkenaan Definisi Perpustakaan, Pembahagian Perpustakaan, Perpustakaan Islam, Perpustakaan Barat, Perpustakaan Ulama Islam, Minatnya Ulama Terhadap Islam, Bagaimana Cara Membina Perpustakaan Peribadi, Washington Sebuah Bandar Raya Pembaca, Karya Penulis dan Motivasi untuk Membaca.Ia sesuai untuk bacaan mereka yang baru memulakan perkenalan dengan bidang kepustakaan.Namun, saya merasa agak kecewa apabila bab bab yang menyentuh secara khusus berkenaan perpustakaan, pada pandangan saya tidak dirujuk kepada bahan bahan rujukan yang sewajarnya Ini kerana, terdapat fakta yang saya fikir kurang tepat dan longgar penjelasannya Dan bila dirujuk kepada senarai rujukannya, saya tidak dapat mengagak, dari mana ia dirujuk, kerana saya tidak menjumpai judul bahan bahan yang dirujuk khusus bagi maklumat berkenaan perpustakaan

  2. Najibah Bakar Najibah Bakar says:

    Buku mukadimah yang baik, terutama bagi yang baru berjinak jinak mencintai buku dan berkenalan dengan perpustakaan Kalau mengharapkan yang lebih daripada buku sekecil ini, memang akan kecewa Namun dari sinilah, banyak penyelidikan tentang institusi ilmu bergelar perpustakaan boleh dimulakan.Ia bagaikan jentikan semangat untuk orang kita yang masih ramai belum biasa dengan konsep perpustakaan peribadi di rumah.

  3. Azlan Musa Azlan Musa says:

    Banyak halaman dibazirkan untuk menyenaraikan semua buku karya penulis.

  4. Farid Akram Farid Akram says:

    Sebuah buku yang baik untuk pemula kerana penulis menceritakan secara ringkas tentang perpustakaan.Untuk pembacaan yang lanjut,saya cadangkan buku Perpustakaan Islam konsep,sejarah dan kontribusinya dalam membangun peradaban Islam masa klasik tulisan Agus Rifai.

  5. Bookoo Bookko Bookoo Bookko says:

    .Buku Pertama dari PBAKL 2018..Buku ni akan menyedarkan kita tentang pentingnya mempunyai kecintaan pada buku,ilmu dan perpustakaan.Menurut Ibn Khaldun,buku melambangkan ketamadunan.Tinggi atau rendah sesebuah tamadun akan dilihat menerusi kecintaan rakyat untuk menelaah dan memahami ilmu dan idea baru.Dalam buku ni,kita akan diperkenalkan dengan ramai tokoh dan ilmuwan Islam yang mempunyai tabiat membaca yang luar biasa.Ibn Rusyd dikatakan hanya meninggalkan bukunya selama 2 malam s.Buku Pertama dari PBAKL 2018..Buku ni akan menyedarkan kita tentang pentingnya mempunyai kecintaan pada buku,ilmu dan perpustakaan.Menurut Ibn Khaldun,buku melambangkan ketamadunan.Tinggi atau rendah sesebuah tamadun akan dilihat menerusi kecintaan rakyat untuk menelaah dan memahami ilmu dan idea baru.Dalam buku ni,kita akan diperkenalkan dengan ramai tokoh dan ilmuwan Islam yang mempunyai tabiat membaca yang luar biasa.Ibn Rusyd dikatakan hanya meninggalkan bukunya selama 2 malam sahaja iaitu pada malam beliau bernikah dan malam yang bapanya meninggal.Selain dari dua malam tersebut,Ibn Rusyd sentiasa didampingi oleh buku buku.Ibn Sina Avicenna pula hanya meminta ganjaran untuk memasuki perpustakaan raja selepas berjaya memulihkan penyakit yang dihidapi oleh raja.Permintaan Ibn Sina menimbulkan kehairanan kepada raja,namun ia berjaya membuktikan kepada kita pesona perpustakaan adalah sangat luar biasa.Aku ibaratkan seperti permainan silap mata.Memukau tanpa kita sedari..Tapi sebenarnya tokoh yang melekat di hati aku ialah Syeikh Ali Tantawi.Dikatakan dalam sehari beliau berjaya menghabiskan 100 helai muka surat.Beliau juga membaca buku dari semua tema,tidak terkecuali yang bertema ilmiah.Sehari 100 muka surat tu.Aku kalau bagi cerita Korea untuk dibuat marathon,bolehlah kot.Hehehe..Aku rasa bab Washington sebagai bandaraya membaca buku akan memberi ilham kepada pembaca untuk melakukan perkara yang sama.Buku akan dikongsi pembacaannya dengan orang lain walaupun kita tidak mengenali mereka.Kebarangkalian buku untuk mengalami kerosakan dan hilang amat tinggi,tapi individu yang melakukan aktiviti ni memang tak ambil port dengan benda yang remeh tu.Bagi mereka,yang penting masyarakat sekeliling mereka membaca.Buku ni tak tebal langsung.Hanya ada 101 muka surat.Tetapi bila membicarakan tentang perpustakaan Islam,tokoh tokoh dan ilmuwan Islam yang mempunyai kecintaan pada buku,ternyata buku ni patut ada dalam perpustakaan mini kita.Malu bila kita bandingkan tabiat membaca kita dengan para ilmuwan ni

  6. Shahrul AhLami Shahrul AhLami says:

    Perpustakaan Dalam Islam Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Pustaka Cahaya Kasturi 2016.1 Buku ini mengandungi 103 mukasurat 10 buah bab.2 Di dalam buku ini penulis bukan hanya berkongsi tentang perpustakaan perpustakaan di negara Islam, namun dikongsikan juga beberapa buah perpustakaan di negara bukan Islam.3 Apa itu perpustakaan Perpustakaan merupakan gedung gedung ilmu yang patut kita kunjungi selalu.4 Ada pujangga yang menyebut kunjungilah perpustakaan walaupun sekali sebulan.5 Penulis Perpustakaan Dalam Islam Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Pustaka Cahaya Kasturi 2016.1 Buku ini mengandungi 103 mukasurat 10 buah bab.2 Di dalam buku ini penulis bukan hanya berkongsi tentang perpustakaan perpustakaan di negara Islam, namun dikongsikan juga beberapa buah perpustakaan di negara bukan Islam.3 Apa itu perpustakaan Perpustakaan merupakan gedung gedung ilmu yang patut kita kunjungi selalu.4 Ada pujangga yang menyebut kunjungilah perpustakaan walaupun sekali sebulan.5 Penulis juga menggalakkan kita untuk mempunyai perpustakaan peribadi.6 Pada bab ketujuh, penulis mengemukakan beberapa cadangan untuk membina perpustakaan peribadi.7 Nak tahu Kau kenalah baca buku ini.8 Ayuh semarakkan budaya membaca duniaBOOKku alonalonjanjikelakon breatheNread 2017readingchallenge EMPATpuluhDUA PMUB jommembaca

  7. Naim AlKalantani Naim AlKalantani says:

    Aku hanya boleh beri 1 bintang Bukan kerana buku ini nipis Tapi kerana 1 Penulis menulis semua karyanya dalam buku ini Aku tak tahu fungsinya.2 Tak banyak perkara yang kritis untuk membaca berperpustakaan.3 Hanya menulis kembali 2 3 patah mengenai perpustakaan perpustakaan di dunia dulu dan kini.

  8. Syahiran Ramli Syahiran Ramli says:

    Buku Perpustakaan Dalam Islam tulisan Dr Zulkifli Mohamad al Bakri adalah merupakan kesinambungan kepada buku Kuasa Iqra Jika Kuasa Iqra lebih menekankan tentang kepentingan membaca, cara cara membaca dengan betul dan juga sedikit berkenaan dengan perpustakaan, Perpustakaan Dalam Islam pula lebih kepada bicara tentang definisi perpustakaan itu sendiri, sejarah perpustakaan Islam, perpustakaan Barat, dan cara cara membina perpustakaan peribadi.Apabila menyebut tentang perpustakaan Islam, pasti n Buku Perpustakaan Dalam Islam tulisan Dr Zulkifli Mohamad al Bakri adalah merupakan kesinambungan kepada buku Kuasa Iqra Jika Kuasa Iqra lebih menekankan tentang kepentingan membaca, cara cara membaca dengan betul dan juga sedikit berkenaan dengan perpustakaan, Perpustakaan Dalam Islam pula lebih kepada bicara tentang definisi perpustakaan itu sendiri, sejarah perpustakaan Islam, perpustakaan Barat, dan cara cara membina perpustakaan peribadi.Apabila menyebut tentang perpustakaan Islam, pasti nama Baitul Hikmah tidak akan terlepas dari sebutan Baitul Hikmah yang dibina pada zaman khilafah Abbasiyyah oleh Khalifah Harun al Rasyid bukan setakat menjadi kepada himpunan ratusan ribu buah buku, malah menjadi pusat ilmu, pusat menterjemah buku buku falsafah, perubatan, matematik, dan sebagainya.Memandangkan buku ini nipis yang hanya terkandung 103 muka surat sahaja, maka tidak banyak perkara yang diceritakan Tambahan lagi, sedikit mengecewakan apabila penulis meletakkan senarai karya yang ditulisnya pada bahagian isi buku 30 halaman yang menyebabkan isi kandungan buku sebenar hanyalah sebanyak 70 halaman sahaja Tidak pasti sama ada perkara tersebut merupakan kebiasaan atau saya sendiri yang masih belum banyak membaca karya karyanya yang lain.Secara keseluruhan, buat pemula yang mahu mengenali dengan lebih dekat secara ringkas tentang sesebuah perpustakaan yang pernah terdapat pada zaman khilafah dan zaman kini, dan cara cara membina perpustakaan peribadi yang bagus, maka buku ini boleh dijadikan sebagai bacaan santai

  9. Hariz S. H. Hariz S. H. says:

    Hmm. dah mcm catalogue

  10. Ismail Isman Ismail Isman says:

    Buku yang menarik untuk ditelaah Terutama untuk mendapatkan semangat para ulama terhadap perpustakaan Turut dimuatkan dalam buku ini sejarah perpustakaan Islam Cuma mungkin bahagian karangan penulis terlalu banyak dan membuatkan buku tebal sedangkan isi buku sedikit Mungkin boleh ditambah baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *